Jumaat, 11 Januari 2013

catatan ringkas buat kamu II

Katanya...
Sakit boleh ubat.
Penat boleh rehat.
Janji kena tunai.
Tanggungjawab kena pikul.
Amanah kena jaga.
Senang je kan teori hidup ni?

Dan pesannya lagi...
"Jangan mudah melatah, beri ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk bersuara."

Akan aku pegang kemas-kemas kata-kata ini.
Akan aku jaga sebaik-baik penjagaan.
Akan aku balut ia dengan kesetiaan dan keikhlasan.

Walau kau tiada di penglihatan.
Namun, aku tahu kau punya cara tersendiri untuk selalu ada.
Kepercayaan ini tidak akan pernah pudar,
Walau jarak memisahkan kita.

Tiada satu cara pun yang boleh membuktikan sebenar-benar sayang antara manusia selain rasa yang diturunkan oleh Tuhan kepada kita.

Hanya doa yang mampu aku kirimkan untuk menjaga hal ini meskipun dalam jarak.
Dan janji ini akan ditemani bersama doa.

Kasih sayang itu tidak semestinya dizahirkan melalui perbuatan dan kata-kata.

Amira Zahra' : bukannya ditinggalkan, tapi ada tanggungjawab yang dipikul yang perlu dilaksanakan. akan terus menanti disini. ;)