Khamis, 17 Mei 2012

dia, kau, kamu, awak, mereka, kita semua sahabat!

Dia itu sahabat aku,
Tidak kiralah siapa pun dia,
Kerna, setiap kali aku terjatuh,
Dia akan menghulur tanganya membantu aku tanpa jemu,
Agar dapat aku bangun berdiri bersama dia.


Kau itu sahabat aku,
Setiap kali aku tersilap kata bahawa pelangi itu ada empat warna,
Kau akan menegur aku tanpa jemu,
Katanya pelangi itu ada tujuh warna.


Kamu itu sahabat aku,
Ketika aku sedang belajar bertatih,
Tanpa kenal erti penat dan lelah,
Kamu akan mengajar aku berlari.


Awak itu sahabat aku,
Ketika aku tersungkur,
Awak segera memapah aku,
Tanpa awak endah berapa berat diriku ini.


Mereka itu sahabat aku,
Setiap saat berada disamping aku,
Membuat aku tersenyum tanpa rasa bosan,
Berkongsi susah, senang, suka, dan duka bersama.


Kita semua sahabat,
Tidak kira kita pernah bersua atau tidak,
Kita ini tetap sahabat tahu,
Tidak kira berapa jauh pun jarak antara kita,
Kita tetap sahabat,
Doa aku sentiasa untuk kalian.
Sahabatku dunia akhirat...


Amira Zahra' : sahabat, walau kita tidak pernah bersua muka, walau kita jarang ketemu, walau dimana jua kau berada ingat la bahawa doa ku sentiasa untuk sahabat-sahabat ku. Aku sayang kalian. semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga al-jannah. Insha-Allah. :)

selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. -Saidina Ali-

Ana uhibbu uhkwah fillah ila jannah. Ana ithar. fii amaillah, Allah yubarik fik. May Alla bless. :)

3 ulasan:

  1. kita hidup didunia ni bkn kita sorg je, so kita perlukan sahabat... sahabat itu salah satu perlengkap hidup kita... ^.^

    BalasPadam
  2. antara bf dan sahabat
    sahabat lagi penting
    sebab nya
    yang angkat kita masuk kubur, ramai ramai, manakala bf seorang
    hehe
    renung renungkan lah . .
    kami follow sini
    from cik amal

    BalasPadam

terima kasih sebab tinggalkan pesanan korang tue. :)