Khamis, 17 Mei 2012

dia, kau, kamu, awak, mereka, kita semua sahabat!

Dia itu sahabat aku,
Tidak kiralah siapa pun dia,
Kerna, setiap kali aku terjatuh,
Dia akan menghulur tanganya membantu aku tanpa jemu,
Agar dapat aku bangun berdiri bersama dia.


Kau itu sahabat aku,
Setiap kali aku tersilap kata bahawa pelangi itu ada empat warna,
Kau akan menegur aku tanpa jemu,
Katanya pelangi itu ada tujuh warna.


Kamu itu sahabat aku,
Ketika aku sedang belajar bertatih,
Tanpa kenal erti penat dan lelah,
Kamu akan mengajar aku berlari.


Awak itu sahabat aku,
Ketika aku tersungkur,
Awak segera memapah aku,
Tanpa awak endah berapa berat diriku ini.


Mereka itu sahabat aku,
Setiap saat berada disamping aku,
Membuat aku tersenyum tanpa rasa bosan,
Berkongsi susah, senang, suka, dan duka bersama.


Kita semua sahabat,
Tidak kira kita pernah bersua atau tidak,
Kita ini tetap sahabat tahu,
Tidak kira berapa jauh pun jarak antara kita,
Kita tetap sahabat,
Doa aku sentiasa untuk kalian.
Sahabatku dunia akhirat...


Amira Zahra' : sahabat, walau kita tidak pernah bersua muka, walau kita jarang ketemu, walau dimana jua kau berada ingat la bahawa doa ku sentiasa untuk sahabat-sahabat ku. Aku sayang kalian. semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga al-jannah. Insha-Allah. :)

selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. -Saidina Ali-

Ana uhibbu uhkwah fillah ila jannah. Ana ithar. fii amaillah, Allah yubarik fik. May Alla bless. :)

Rabu, 16 Mei 2012

boleh tidak?

Boleh tidak kalau aku jadikan rentatan hidup kita seperti pita?
Pita yang boleh diulang tayang apabila ingin dimainkan?
Andai saja boleh dijadikan sedemikian rupa,
Mahu saja aku ulang tayang kesah silam hidupku,
Aku 'pause' kan pita itu jika aku terasa belum bersedia untuk menempuhi hari sedihku,
Aku tekan button 'play' jika aku telah sedia menghadapinya dengan berbekalkan kekuatan yang aku cari dari butang 'pause' aku sebentar tadi,
Atau aku 'fast forward' rakaman pita itu untuk mempercepatkan hari-hariku tanpa aku sakit menghitung waktu,
Dan aku 'back reverse' kembali hari-hari indahku bersama kau, dia dan mereka,
Dan aku 'stop'kan pita itu andai aku terasa tidak mahu hidup lagi.
Boleh tidak?

Rindu tu sesuatu yang sakit. Bila rindu datang menyapa, tulis perkataan RINDU dekat atas batu. Lepas tu, baling batu tu dekat kepala orang yang kita rindu. Biar dia tahu betapa SAKITnya kita bila rindu dekat dia. Kalau boleh baling batu tu sampai kepala dia berlekuk-lekuk. *kamu, kamu, kamulah yang sedang baca ni. aku mahu lakukan pada kamu boleh? Aku rindu kamu tahu!* c(:

Amira Zahra' : Mana mungkin hidup ini boleh jadi seperti ini. Makanya, jangan selalu minta yang bukan-bukan ya. Kerana sudah pasti tidak akan terjadi. Mohon saja dipermudahkan perjalanan hidup dunia dan akhirat.

Hidup ini sebenarnya seperti sebuah novel mungkin. Ada permulaan, konflik, klimaks, peleraian, dan pengakhiran. Benar?


Selasa, 15 Mei 2012

terima kasih ya hati.


Dengar ya wahai hati,
Aku tahu rasa sakit itu sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata,
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap dengan contengan diatas lembaran kertas sahaja,
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu sudah diminta untuk berhenti berfungsi.
Parah.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu apa pun yang cuba aku lakukan,
Sekali kata-kata orang terkesan dihati kau akan selama-lamanya berbekas.
Bukan tidak pernah aku cuba kikis,
Tetapi memang itu cara hidup kau.
Mudah memaafkan perlakuan orang,
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu,
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar,
Kau la anggota yang paling teruk diantara anggota-anggota yang lain,
Penuh dengan torehan, luka dan parut.
Kuat benar kau ya hati.

Dengar ya wahai hati,
Aku bersyukur kerana punya hati seperti kau,
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun,
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih,
Itulah engkau HATI,
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat,
Kau tetap terus berfungi untuk aku.
Hanya untuk aku.

Bagaimana caranya aku boleh merawat kau hati?
Guna plaster? kalau plaster luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang ya? Berparut hati saya sampai mati.
Guna iodine kuning itu boleh? Habis kuning hati saya.
Tak cantik seperti orang lain yang merah.
Ya. Masa cara yang terbaik. Mungkin. 

Begini rasanya rupa hati yang apabila terluka. Itu kalau sekali dan telah pulih. Macam mana rupanya kalau banyak kali hati itu terluka sebelum luka lama dirawat sembuh? Hodoh hati saya awak buat. Jahat betul awak ni. 



Amira Zahra' : Kata orang, hati itu lambang cinta. Betul? Kalau lambang cinta kenapa harus kita sakiti hati itu. Bukankah cinta itu sesuatu yang suci? Rasanya orang yang bercinta ini banyak batu yang berkarat telah bersarang di kepalanya. Haih. Degil. Rasanya la. :)

# Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Sabtu, 12 Mei 2012

wanita itu 'superwomen' aku!

 Ummi, ibu, emak, mama, mummy,
Walau apa sahaja gelarannya,
Hanya wanita itu,
Wanita iu 'superwomen' aku!
Tiada dua, tiada tiga,
Hanya dia satu didunia,
Tidak pernah ada galang gantinya.

Siapa heroin aku?
Ya, Emak!
Hanya wanita superwomen itu heroinku,
Nama itu sahaja yang terukir dihati,
Sebagai heroin dalam hidupku.

Ya. Wanita itu tidak gagah,
Tidak gagah dengan kepejalan otot,
Tetapi dia begitu perkasa sekali,
Perkasa saat menjaga kami,
Anak-anaknya untuk dibesarkan,
Kasih yang tumpah dari wanita superwomen itu,
Terlalu melimpah ruah,
Meleleh melepasi ruang,
Terlalu berharga yang tiada tolok bandingnya.

Mengapa dia? mengapa tidak wanita lain?
Perlu apa aku memilih wanita lain?
Sedangkan Aku telah punya yang lebih hebat,
Hebat berbanding wanita diluar sana,
Dia adalah asetku,
Harta yang paling berharga buatku.

Wanita itu 'superwomen' aku!
Hanya dia,
Puti Norlian Binti Mohd Ali.

Amira Zahra' : Ibu itu satu, tiada yang lain yang dapat menggantikan dirinya, kita dari sebesar telapak tangan telah dijaga. Ohh, bukan! Aku salah, ternyata aku telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari dalam rahimnya.

Dia umpama matahari buatku. Panas, bersinar setiap hari, memberikan cahaya kepada semua kehidupan. Walau ada yang mencacinya kerana teriknya ia, walau ada yang tidak menyukainya kerana penghapus malam, walau ada yang mereungut kerana dia mewujudkan bahang. Dia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk.

Jumaat, 4 Mei 2012

Cinta itu mungkin seperti ini

Cinta itu mungkin seperti paku dan dinding,
Mengetuk paku di dinding.
Terbenam kedalam kerasnya batu,
Seperti dalamnya cinta seseorang terhadap kita,
Namun bila tercabut kesannya tidak pernah hilang,
Walaupun disaluti dengan warna cat yang lain,
Tetap masih juga pernah berlubang suatu ketika dahulu,
Tidak akan pernah rata suci seperti yang asli.

Cinta itu mungkin seperti permainan puzzle,
Melengkapkan cebisan puzzle yang terpisah,
Menjadi satu gambar.
Sama seperti cinta,
Perlu mencantumkan antara cinta, kasih, sayang dan segalanya,
Berjaya mencantumkannya,
Berjayalah cinta antara kau dan dia.
Tapi apabila hilang satu cebisan,
Maka hilanglah juga rasa yang pernah hadir.

Atau, cinta itu seperti permata dalam hiasan kaca,
Yang hanya bisa boleh dipandang,
Tapi tak bias disentuh,
Hanya yang benar-benar memiliki sahaja,
Yang boleh menyentuh dirimu.
Ya, sungguh berharga cintamu itu,
Begitu mahal.

Dan boleh jadi juga, cinta itu seperti bola,
Mengejar bola semahu-mahunya,
Penuh perhatian, kesabaran dan kekuatan,
Tapi, apabila sudah diraih ditendang ke sana ke sini,
Begitukah cinta?

Amira Zahra’ : Walau apapun definisi cinta kau, ingatlah bahawa cinta itu datang dengan sendiri, Dia yang mengerakkan rasa itu. Apabila cinta menyapa dirimu, dakaplah ia jangan biarkan ia terlepas dari gengaman erat jemari mu. Cinta itu bukan sesuatu yang derita, tetapi sesuatu yang indah dan mampu mengetarkan jiwa. Ya, begitulah.