Cinta itu mungkin
seperti ini
Cinta itu mungkin seperti paku dan dinding,
Mengetuk paku di dinding.
Terbenam kedalam kerasnya batu,
Seperti dalamnya cinta seseorang terhadap kita,
Namun bila tercabut kesannya tidak pernah hilang,
Walaupun disaluti dengan warna cat yang lain,
Tetap masih juga pernah berlubang suatu ketika dahulu,
Tidak akan pernah rata suci seperti yang asli.
Cinta itu mungkin seperti permainan puzzle,
Melengkapkan cebisan puzzle yang terpisah,
Menjadi satu gambar.
Sama seperti cinta,
Perlu mencantumkan antara cinta, kasih, sayang dan
segalanya,
Berjaya mencantumkannya,
Berjayalah cinta antara kau dan dia.
Tapi apabila hilang satu cebisan,
Maka hilanglah juga rasa yang pernah hadir.
Atau, cinta itu seperti permata dalam hiasan kaca,
Yang hanya bisa boleh dipandang,
Tapi tak bias disentuh,
Hanya yang benar-benar memiliki sahaja,
Yang boleh menyentuh dirimu.
Ya, sungguh berharga cintamu itu,
Begitu mahal.
Dan boleh jadi juga, cinta itu seperti bola,
Mengejar bola semahu-mahunya,
Penuh perhatian, kesabaran dan kekuatan,
Tapi, apabila sudah diraih ditendang ke sana ke sini,
Tapi, apabila sudah diraih ditendang ke sana ke sini,
Begitukah cinta?
Amira Zahra’ : Walau apapun definisi cinta kau, ingatlah
bahawa cinta itu datang dengan sendiri, Dia yang mengerakkan rasa itu. Apabila
cinta menyapa dirimu, dakaplah ia jangan biarkan ia terlepas dari gengaman erat
jemari mu. Cinta itu bukan sesuatu yang derita, tetapi sesuatu yang indah dan
mampu mengetarkan jiwa. Ya, begitulah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih sebab tinggalkan pesanan korang tue. :)