Selasa, 15 Mei 2012

terima kasih ya hati.


Dengar ya wahai hati,
Aku tahu rasa sakit itu sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata,
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap dengan contengan diatas lembaran kertas sahaja,
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu sudah diminta untuk berhenti berfungsi.
Parah.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu apa pun yang cuba aku lakukan,
Sekali kata-kata orang terkesan dihati kau akan selama-lamanya berbekas.
Bukan tidak pernah aku cuba kikis,
Tetapi memang itu cara hidup kau.
Mudah memaafkan perlakuan orang,
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu,
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar,
Kau la anggota yang paling teruk diantara anggota-anggota yang lain,
Penuh dengan torehan, luka dan parut.
Kuat benar kau ya hati.

Dengar ya wahai hati,
Aku bersyukur kerana punya hati seperti kau,
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun,
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih,
Itulah engkau HATI,
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat,
Kau tetap terus berfungi untuk aku.
Hanya untuk aku.

Bagaimana caranya aku boleh merawat kau hati?
Guna plaster? kalau plaster luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang ya? Berparut hati saya sampai mati.
Guna iodine kuning itu boleh? Habis kuning hati saya.
Tak cantik seperti orang lain yang merah.
Ya. Masa cara yang terbaik. Mungkin. 

Begini rasanya rupa hati yang apabila terluka. Itu kalau sekali dan telah pulih. Macam mana rupanya kalau banyak kali hati itu terluka sebelum luka lama dirawat sembuh? Hodoh hati saya awak buat. Jahat betul awak ni. 



Amira Zahra' : Kata orang, hati itu lambang cinta. Betul? Kalau lambang cinta kenapa harus kita sakiti hati itu. Bukankah cinta itu sesuatu yang suci? Rasanya orang yang bercinta ini banyak batu yang berkarat telah bersarang di kepalanya. Haih. Degil. Rasanya la. :)

# Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehehehe, mungkin. sama-sama kite jaga hati ye. :)

      Padam
  2. jgn buat hati buat smua...sian kat nyer k...

    BalasPadam
  3. be strong..utk mendptkan hati yg cantik, knelah sentiasa ingatkan Allah dan cinta kpdNya... Love Allah and Love His Slave... ^.^.... be strong key

    BalasPadam
    Balasan
    1. sentiasa ingat pada DIA. hanya DIA selalu dihati. :)

      Padam
  4. same je konsep hati ni kan,,mcmmanapun jagalah hati sendri,,:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, sama saja. yang beza cara kita jaga. kan? :)

      Padam
  5. salam minta nak share ye...thanks

    BalasPadam

terima kasih sebab tinggalkan pesanan korang tue. :)