Rabu, 16 Mei 2012

boleh tidak?

Boleh tidak kalau aku jadikan rentatan hidup kita seperti pita?
Pita yang boleh diulang tayang apabila ingin dimainkan?
Andai saja boleh dijadikan sedemikian rupa,
Mahu saja aku ulang tayang kesah silam hidupku,
Aku 'pause' kan pita itu jika aku terasa belum bersedia untuk menempuhi hari sedihku,
Aku tekan button 'play' jika aku telah sedia menghadapinya dengan berbekalkan kekuatan yang aku cari dari butang 'pause' aku sebentar tadi,
Atau aku 'fast forward' rakaman pita itu untuk mempercepatkan hari-hariku tanpa aku sakit menghitung waktu,
Dan aku 'back reverse' kembali hari-hari indahku bersama kau, dia dan mereka,
Dan aku 'stop'kan pita itu andai aku terasa tidak mahu hidup lagi.
Boleh tidak?

Rindu tu sesuatu yang sakit. Bila rindu datang menyapa, tulis perkataan RINDU dekat atas batu. Lepas tu, baling batu tu dekat kepala orang yang kita rindu. Biar dia tahu betapa SAKITnya kita bila rindu dekat dia. Kalau boleh baling batu tu sampai kepala dia berlekuk-lekuk. *kamu, kamu, kamulah yang sedang baca ni. aku mahu lakukan pada kamu boleh? Aku rindu kamu tahu!* c(:

Amira Zahra' : Mana mungkin hidup ini boleh jadi seperti ini. Makanya, jangan selalu minta yang bukan-bukan ya. Kerana sudah pasti tidak akan terjadi. Mohon saja dipermudahkan perjalanan hidup dunia dan akhirat.

Hidup ini sebenarnya seperti sebuah novel mungkin. Ada permulaan, konflik, klimaks, peleraian, dan pengakhiran. Benar?


10 ulasan:

  1. hidup ini penuh dengan drama . drama itu yang ada sedih , gembira , menangis , bahagai, kecewa . kita manusia . punya byk persaan

    BalasPadam
  2. sedihje baca.. hidup ini memang mcm tu.. memang sudah menjadi rencah kehidupan yg perlu kite lalui.. kuatkan diri k ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. insha-Allah. terima kasih ye. awak jugak :)

      Padam
  3. hidup tak boleh diibaratkan dengan novel ..
    kerana setiap cerita dalam novel mesti endingnya bahagia ..
    hidup ini bukan fantasi yang akhirnya akan bahagia ..

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh, ada jugak yang sad ending tau. tapi tak banyak. hehehe.

      saya tekankan seperti novel dengan words 'ada permulaan, konflik, klimaks, peleraian, dan pengakhiran.'

      hee~ :D

      Padam
  4. hidup ni umpama kertas dan kita umpama pena nya...tapi pengarangnya ialah Allah SWT... so, segala kejadian adalah bukan GOOD LUCK or BAD LUCK tetapi takdir yang Allah berikan kpd kita... ^.^ Nice

    BalasPadam
    Balasan
    1. semestinya. insha-Allah. takdir Allah tue yang paling terbaek untuk kita. :)

      Ena, kenapa akak tak boleh comment di blog awak ye?

      Padam

terima kasih sebab tinggalkan pesanan korang tue. :)