Rabu, 12 Disember 2012

catatan ringkas buat kamu I

Angin, 
saat aku tak lagi disini, 
mohon temani dia setiap hari, 
jadikan dia teman terbaikmu, 
dakaplah dia saat dia hampir tersungkur dan ketika memerlukan, 
tiupkan rasa ketenangan untuk membaluti hatinya yang sedang berduka, 
dan sarungkan dirinya dengan bisikan semangat,
khabarkan padanya walaupun aku sudah mati, 
namun aku akan tetap terus hidup dihatinya.

sungguh,
aku takut akan pertemuan
kerna aku tahu setiap pertemuan itu,
pasti akan berakhir dengan perpisahan.

dan aku tahu,
setiap apa yang berlaku itu,
punya sebab yang direncanakan.

andai aku punya kuasa,
untuk memadam segala kisah duka yang bakal berlaku,
pasti akan aku lakukan,
buat kamu agar bibirmu sentiasa mengukir senyuman.
 
buat kamu,
percaya la,
aku akan selalu ada buat kamu,
walau tak kelihatan,
namun, aku punya cara tersendiri,
mewujudkan diri untuk kamu,
setiap saat, jam, hari dan selamanya.


Selasa, 6 November 2012

Semangat yang hilang.

Rupa-rupanya sangat sakit ya apabila kehilangan semangat. *sigh*  -_-


Sabtu, 20 Oktober 2012

Tanyakan aku.

andai Tuhan mempertemukan kita, tidak kira walau dimana pun sama ada di dunia yang fana ini mahupun di syurga al-jannah, tanyakan aku tentang perasaanku terhadapmu. mungkin kerana ego aku menundukkan kepalaku setiap kali berselisihan denganmu. mungkin kerana perasaan malu dan takut yang bermaharajalela di hatiku juga membuatkan aku tunduk setiap kali bertentang mata dengan kamu.

apa sebenarnya rasa yang bertamu di hatiku ini? adakah telah berputik bunga-bunga yang membentuk sayang dariku terhadapmu? Tuhan, jika kami punya rasa yang sama, perliharalah  rasa yang telah kami rasakan ini. entah kenapa rasa ini semakin lama ku rasa semakin bercambah. berkali jugak aku cuba menepis rasa ini, tetapi Tuhan yang menurunkan rasa itu. ya, mungkin rasa ini hanya untuk menguji diriku.


Amira Zahra' : tanyakan aku tentang perasaan ku kepadamu jika Tuhan mempertemukan kita suatu ketika nanti.




Ahad, 7 Oktober 2012

Kembalikan.

setelah kau curi semangat aku, kau buang begitu sahaja. kejam!

 Amira Zahra' : kembalikan semangatku yang telah kau curi itu. aku memerlukannya untuk meneruskan kehidupanku ini.


 

Sabtu, 6 Oktober 2012

Ikhlas!

aku tidak pernah minta untuk dicintai.
kerana aku tahu cinta itu hanya untuk DIA.
pencipta sekalian alam.

bagiku, cukup sekadar ikhlas.
kerana aku tahu,
ikhlas itu lebih hebat dari segala-galanya.


Amira Zahra' : aku mencari manusia yang seperti alam. memberi kebaikan kepada manusia yang tidak pernah mengharapkan balasan. tetapi sentiasa ikhlas memberi.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Kekuatan anak kecil itu.

anak kecil sekecil lapan tahun itu,
terlalu petah berkata-kata,
membantu, menolong seorang wanita yang bergelar ibu,
meski raut wajah tua ibunya kelihatan lesu dalam kepenatan,
namun, tiada secebis rasa kecewa yang dilakarkan,
atas takdir yang menimpa,
pada bibir anak kecil itu,
sentiasa digarisi dengan senyuman,
memberi kekuatan pada diri dan ibu,
raut ceria akan sentiasa terukir,
dan senyuman dikoyakkan pada setiap yang datang bertandang,
walaupun terpaksa berpanas dan bermandikan peluh,
dilakukan ikhlas demi meneruskan kehidupan hari esok,
demi dia, ibu, dan Tuhan penentu segalanya.

Jumaat, 10/08/2012, 04:23pm, Jalan Masjid India.

* kegigihan seorang anak kecil yang tidak pernah mengenal erti menyerah. jadi, mengapa kita yang hidup dalam keadaan yang serba selesa ini begitu mudah rapuh dengan dugaan Allah yang begitu kecil? May Allah bless you adik. :')

Selasa, 19 Jun 2012

cinta garam!

cinta ni macam garam. jangan lebih, jangan kurang.

kenapa tak pilih cinta tu macam gula?

kalau pakai gula, kita buat air tak pakai gula, tapi pakai susu pun boleh manis. kalau garam, tak letak dalam masakan. tawar la rasanya. takde apa yang boleh ganti garam. tapi kena cukup rasa je, kalau kurang tawar, kalau lebih masin. 

sama la jugak macam cinta. kalau kurang tak bahagia. kalau lebih, cinta pada Allah kita pinggirkan. mana kemanisan cinta tu?

 

apa-apa pun redha Allah tue penting. may Allah bless. :)



Amira Zahra' : definisi cinta ni banyak. apa pun definisi cinta kita. redha Allah itu paling penting. :)



Khamis, 17 Mei 2012

dia, kau, kamu, awak, mereka, kita semua sahabat!

Dia itu sahabat aku,
Tidak kiralah siapa pun dia,
Kerna, setiap kali aku terjatuh,
Dia akan menghulur tanganya membantu aku tanpa jemu,
Agar dapat aku bangun berdiri bersama dia.


Kau itu sahabat aku,
Setiap kali aku tersilap kata bahawa pelangi itu ada empat warna,
Kau akan menegur aku tanpa jemu,
Katanya pelangi itu ada tujuh warna.


Kamu itu sahabat aku,
Ketika aku sedang belajar bertatih,
Tanpa kenal erti penat dan lelah,
Kamu akan mengajar aku berlari.


Awak itu sahabat aku,
Ketika aku tersungkur,
Awak segera memapah aku,
Tanpa awak endah berapa berat diriku ini.


Mereka itu sahabat aku,
Setiap saat berada disamping aku,
Membuat aku tersenyum tanpa rasa bosan,
Berkongsi susah, senang, suka, dan duka bersama.


Kita semua sahabat,
Tidak kira kita pernah bersua atau tidak,
Kita ini tetap sahabat tahu,
Tidak kira berapa jauh pun jarak antara kita,
Kita tetap sahabat,
Doa aku sentiasa untuk kalian.
Sahabatku dunia akhirat...


Amira Zahra' : sahabat, walau kita tidak pernah bersua muka, walau kita jarang ketemu, walau dimana jua kau berada ingat la bahawa doa ku sentiasa untuk sahabat-sahabat ku. Aku sayang kalian. semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga al-jannah. Insha-Allah. :)

selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari. -Saidina Ali-

Ana uhibbu uhkwah fillah ila jannah. Ana ithar. fii amaillah, Allah yubarik fik. May Alla bless. :)

Rabu, 16 Mei 2012

boleh tidak?

Boleh tidak kalau aku jadikan rentatan hidup kita seperti pita?
Pita yang boleh diulang tayang apabila ingin dimainkan?
Andai saja boleh dijadikan sedemikian rupa,
Mahu saja aku ulang tayang kesah silam hidupku,
Aku 'pause' kan pita itu jika aku terasa belum bersedia untuk menempuhi hari sedihku,
Aku tekan button 'play' jika aku telah sedia menghadapinya dengan berbekalkan kekuatan yang aku cari dari butang 'pause' aku sebentar tadi,
Atau aku 'fast forward' rakaman pita itu untuk mempercepatkan hari-hariku tanpa aku sakit menghitung waktu,
Dan aku 'back reverse' kembali hari-hari indahku bersama kau, dia dan mereka,
Dan aku 'stop'kan pita itu andai aku terasa tidak mahu hidup lagi.
Boleh tidak?

Rindu tu sesuatu yang sakit. Bila rindu datang menyapa, tulis perkataan RINDU dekat atas batu. Lepas tu, baling batu tu dekat kepala orang yang kita rindu. Biar dia tahu betapa SAKITnya kita bila rindu dekat dia. Kalau boleh baling batu tu sampai kepala dia berlekuk-lekuk. *kamu, kamu, kamulah yang sedang baca ni. aku mahu lakukan pada kamu boleh? Aku rindu kamu tahu!* c(:

Amira Zahra' : Mana mungkin hidup ini boleh jadi seperti ini. Makanya, jangan selalu minta yang bukan-bukan ya. Kerana sudah pasti tidak akan terjadi. Mohon saja dipermudahkan perjalanan hidup dunia dan akhirat.

Hidup ini sebenarnya seperti sebuah novel mungkin. Ada permulaan, konflik, klimaks, peleraian, dan pengakhiran. Benar?


Selasa, 15 Mei 2012

terima kasih ya hati.


Dengar ya wahai hati,
Aku tahu rasa sakit itu sesuatu yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata,
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap dengan contengan diatas lembaran kertas sahaja,
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu sudah diminta untuk berhenti berfungsi.
Parah.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu apa pun yang cuba aku lakukan,
Sekali kata-kata orang terkesan dihati kau akan selama-lamanya berbekas.
Bukan tidak pernah aku cuba kikis,
Tetapi memang itu cara hidup kau.
Mudah memaafkan perlakuan orang,
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati,
Aku tahu,
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar,
Kau la anggota yang paling teruk diantara anggota-anggota yang lain,
Penuh dengan torehan, luka dan parut.
Kuat benar kau ya hati.

Dengar ya wahai hati,
Aku bersyukur kerana punya hati seperti kau,
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun,
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih,
Itulah engkau HATI,
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat,
Kau tetap terus berfungi untuk aku.
Hanya untuk aku.

Bagaimana caranya aku boleh merawat kau hati?
Guna plaster? kalau plaster luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang ya? Berparut hati saya sampai mati.
Guna iodine kuning itu boleh? Habis kuning hati saya.
Tak cantik seperti orang lain yang merah.
Ya. Masa cara yang terbaik. Mungkin. 

Begini rasanya rupa hati yang apabila terluka. Itu kalau sekali dan telah pulih. Macam mana rupanya kalau banyak kali hati itu terluka sebelum luka lama dirawat sembuh? Hodoh hati saya awak buat. Jahat betul awak ni. 



Amira Zahra' : Kata orang, hati itu lambang cinta. Betul? Kalau lambang cinta kenapa harus kita sakiti hati itu. Bukankah cinta itu sesuatu yang suci? Rasanya orang yang bercinta ini banyak batu yang berkarat telah bersarang di kepalanya. Haih. Degil. Rasanya la. :)

# Anas berkata, Rasulullah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.” (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Sabtu, 12 Mei 2012

wanita itu 'superwomen' aku!

 Ummi, ibu, emak, mama, mummy,
Walau apa sahaja gelarannya,
Hanya wanita itu,
Wanita iu 'superwomen' aku!
Tiada dua, tiada tiga,
Hanya dia satu didunia,
Tidak pernah ada galang gantinya.

Siapa heroin aku?
Ya, Emak!
Hanya wanita superwomen itu heroinku,
Nama itu sahaja yang terukir dihati,
Sebagai heroin dalam hidupku.

Ya. Wanita itu tidak gagah,
Tidak gagah dengan kepejalan otot,
Tetapi dia begitu perkasa sekali,
Perkasa saat menjaga kami,
Anak-anaknya untuk dibesarkan,
Kasih yang tumpah dari wanita superwomen itu,
Terlalu melimpah ruah,
Meleleh melepasi ruang,
Terlalu berharga yang tiada tolok bandingnya.

Mengapa dia? mengapa tidak wanita lain?
Perlu apa aku memilih wanita lain?
Sedangkan Aku telah punya yang lebih hebat,
Hebat berbanding wanita diluar sana,
Dia adalah asetku,
Harta yang paling berharga buatku.

Wanita itu 'superwomen' aku!
Hanya dia,
Puti Norlian Binti Mohd Ali.

Amira Zahra' : Ibu itu satu, tiada yang lain yang dapat menggantikan dirinya, kita dari sebesar telapak tangan telah dijaga. Ohh, bukan! Aku salah, ternyata aku telah ditatang bagai minyak yang penuh sejak dari dalam rahimnya.

Dia umpama matahari buatku. Panas, bersinar setiap hari, memberikan cahaya kepada semua kehidupan. Walau ada yang mencacinya kerana teriknya ia, walau ada yang tidak menyukainya kerana penghapus malam, walau ada yang mereungut kerana dia mewujudkan bahang. Dia tetap bersinar dan tidak pernah merajuk.

Jumaat, 4 Mei 2012

Cinta itu mungkin seperti ini

Cinta itu mungkin seperti paku dan dinding,
Mengetuk paku di dinding.
Terbenam kedalam kerasnya batu,
Seperti dalamnya cinta seseorang terhadap kita,
Namun bila tercabut kesannya tidak pernah hilang,
Walaupun disaluti dengan warna cat yang lain,
Tetap masih juga pernah berlubang suatu ketika dahulu,
Tidak akan pernah rata suci seperti yang asli.

Cinta itu mungkin seperti permainan puzzle,
Melengkapkan cebisan puzzle yang terpisah,
Menjadi satu gambar.
Sama seperti cinta,
Perlu mencantumkan antara cinta, kasih, sayang dan segalanya,
Berjaya mencantumkannya,
Berjayalah cinta antara kau dan dia.
Tapi apabila hilang satu cebisan,
Maka hilanglah juga rasa yang pernah hadir.

Atau, cinta itu seperti permata dalam hiasan kaca,
Yang hanya bisa boleh dipandang,
Tapi tak bias disentuh,
Hanya yang benar-benar memiliki sahaja,
Yang boleh menyentuh dirimu.
Ya, sungguh berharga cintamu itu,
Begitu mahal.

Dan boleh jadi juga, cinta itu seperti bola,
Mengejar bola semahu-mahunya,
Penuh perhatian, kesabaran dan kekuatan,
Tapi, apabila sudah diraih ditendang ke sana ke sini,
Begitukah cinta?

Amira Zahra’ : Walau apapun definisi cinta kau, ingatlah bahawa cinta itu datang dengan sendiri, Dia yang mengerakkan rasa itu. Apabila cinta menyapa dirimu, dakaplah ia jangan biarkan ia terlepas dari gengaman erat jemari mu. Cinta itu bukan sesuatu yang derita, tetapi sesuatu yang indah dan mampu mengetarkan jiwa. Ya, begitulah.